Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, September 20, 2006

Kebosanan

  • Bilakah kamu sering berasa bosan?
  • Apakah yang kamu lakukan untuk menghilangkan rasa bosan?
  • Pada pendapat kamu, bolejkah perasaan bosan menimbulkan masalah dalam kalangan remaja? Jelaskan
  • Orang yang kerap berasa bosan ialah orang yang tidak tahu memanfaatkan masa. setujukah kamu dengan pendapat ini? Jelaskan.

5 comments:

Anonymous said...

saya berasa bosan apabila tiada orang disekeliling saya.saya juga berasa bosan apabila saya harus membuat kerja rumah yang saya benci seperti menyapu lantai.untuk menghilangkan bosan saya, saya akan mendengar lagu kegemaran saya ataupun bermain komputer.saya juga akan menelefon rakan-rakan saya apabila saya berasa bosan.kadang kala, saya akan ke rumah saudara saya apabila saya berasa bosan.pada pendapat saya, perasaan bosan boleh menimbulkan masalah antara remaja sekarang ini kerana apabila mereka berasa bosan, mereka akan menjumpai rakan-rakan mereka yang rapat dan membuat barang yang tidak berfaedah atau membuat perkara yang tidak harus dibuat seperti mengambill dadah atau juga belajar merokok daripada rakan-rakan mereka yang juga merokok.saya setuju akan orang yang kerap bosan tidak tahu membahagikn masa kerana setiap orang harus diberikan tugas untuk membuat tugasan mereka seperti membuat kerja rumah ataupun mengulangkaji mata pelajaran mereka yang mereka tidak dapat memahami di dalam kelas.

Anonymous said...

1. Saya berasa bosan apabila saya keseorangan di rumah. 2. Saya akan menonton televisyen dan jika tiada rancangan yang menarik,saya akan menonton DVD. 3. Ya,ia akan menimbulkan masalah.Remaja akan keluar dan melepak di pusat membeli belah dan di sana, mereka akan membuat masalah seperti mencuri dan lain-lain lagi. 4. Tidak, kerana mereka boleh membelajar atau pun mengulangkaji di rumah apabila berasa bosan.
Dibuat oleh: Haikal E2

Anonymous said...

*RaDhIyAh*
Saya sering berasa bosan apabila tiada apa-apa yang hendak dilakukan seperti selepas menghabisi kerja sekolah dan kerja rumah dan apabila tiada sesiapa untuk bercakap dengan. Untuk menghilangkan rasa bosan, saya suka keluar bersama-sama kawan,melungsuri internet atau membaca buku. Pada pendapat saya,saya rasa perasaan bosan boleh menimbulkan masalah di kalangan remaja kerana mereka mungkin akan berkawan dengan budak-budak luar sekolah yang boleh mendatangkan kejahatan seperti menghisap rokok, mengambil dadah dan musuhan. Tidak, saya rasa mereka berasa bosan kerana telah menghabiskan aktiviti-aktiviti yang perlu dibuat dan tidak ada apa-apa kerja lain bukan kerana mereka tidak tahu memanfaatkan masa.

tintinspartan said...

1] Saya selalu berasa bosan apabila ada program television yang tak menarik seperti hari Sabtu di waktu tengahhari.
2. Saya akan pergi ke kafe siber untuk ke Mokitown untuk chat dengan orang-orang seluruh dunia.
3. Ya, jenayah seperti mencuri, pegaduhan, menjual vcd haram dan terikat dengan dadah boleh berkabul dengan sebab kebosanan. Remaja-remaja dari keluarga miskin ialah orang yang senang terikat dengan tabiat jenayah disebut.
4. Ya, mereka asyik akan berlepak-lepak dengan kumpulan samseng dan sindiket dadah. Mereka akan ambil tabiat seperti bertatu badan dan merokok.

tintinspartan said...

Uups. Saya Afiq Marzuqi 1E2