Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, November 23, 2006

Tugasan Cuti Sekolah Nov-Dis 2006 #2

Lihat sedutan video ini. Kemudian jawab soalan-soalan yang mengikutinya.




Jawab kedua-dua soalan ini. Nomborkan jawapan-jawapan kamu dan bubuh nama kamu di akhir komen kamu.

1. Apakah kesilapan yang telah dibuat oleh anak orang tua itu?

2. Bayangkan diri kamu sebagai anak kepada orang tua di dalam sedutan video itu. Apa yang akan kamu lakukan apabila kamu tahu kamu harus menjaga orang tua kamu yang sedang sakit?

15 comments:

Anonymous said...

1.Kesilapan mereka ialah mereka telah memutuskan hubungan silaturrahim antara mereka dengan menjamu selera secara berasingan.Bapanya yang uzur harus dibantu dan bukan diendahkan.Sungguhpun bapanya itu cuai,ia menjadi tanggungjawab anaknya untuk membantu ayahnya kerana dia harus lebih memahami keadaan bapanya itu.


2.Jika saya adalah anak kepada orang tua itu,saya akan menjalani kursus khas untuk mempelajari cara-cara untuk menjaga orang tua yang uzur supaya senang untuk saya menjaganya tanpa masalah.Ia telah menjadi tanggungjawab seseorang anak itu untuk menjaga ibubapanya.Jadi,dengan kursus yang akan saya jalani,ia akan mempermudahkan tugas saya untuk menjaga orang tua yang sadeng uzur =)

Anonymous said...

1.Kesilapan yang mereka lakukan ialah mereka meninggalkan bapa mereka dengan membiarkan bapa mereka makan bersendirian.Dengan berbuat begitu,mereka telah menunjukkan kepada bapa mereka yang mereka tidak memerlukannya dan menunjukkan bahawa mereka tidak mengambil berat kepada bapa mereka.

2.Jika saya anak kepada orang tua itu,saya akan menjaganya kerana dialah yang menjaga saya semasa saya kecil hingga besar.Saya tidak akan mengabaikannya.Saya akan memberikan apasaja yang dia memerlukan.

Yusoff 1E1

Anonymous said...

1)Kesilapan mereka ialah,mereka tidak pedulikan perasaan orang tua itu.....Orang tua yang sakit itu memerlukan bantuan dan khasih sayang dari seorang anak......

Anonymous said...

2)Jika saya anak kepada orang tua itu, saya akan menjaganya dengan penuh kasih sayang seperti mana dia menjaga saya sewaktu saya masih kecil....Menjaga ibubapa juga adalah tanggung jawab seorang anak....

Anonymous said...

1) kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak orang tua itu adalah mereka meninggalkan bapa mereka keseseorangan.Ini boleh menyebabkan bapa mereka sedih dan sakit jiwa. Bahkan bapa mereka itu sudah lanjut usia,ia boleh memberi lebih sebab untuk bapa mereka meninggakan mereka untuk selama-lamanya.Jika bapa mereka meninggalkan mereka atas sikap kelakuan mereka,anak-anaknya akan menyesal seumur hidup.




2) Jika saya anak kepada orang tua itu, saya akan memberi lebih tumpuan kepada orang tua itu daripada mengendahkan orang tua itu yang lakukan oleh anak-anaknya.Sebagai anak,kta harus membalas jasa ibubapa.Kita harus membalas jasa kedua ibubapa kita kerana atas segala perusahaan mereka untuk menjaga kita.Salah satu cara untuk berbuat demikian adalah untuk menjaga mereka apabila mereka tua.

Anonymous said...

*Radhiyah* 1e2

1.Kesilapan yang telah dibuat oleh anak orang tua itu ialah dia telah memberi ayahnya tempat makan yang berasingan daripada tempat makan keluarganya.Saya rasa perbuatannya itu salah kerana ayahnya sedang sakit dan perlu bantuan. Walaupun apabila ayahnya makan,dia makan secara tidak kemas,dia tidak patut mempedulikannya.Dia sepatutnya harus menolong bapanya dan memahami apa yang sedang dia hadapi.


2. Jika saya adalah anak kepada orang tua itu,saya akan menjaganya dengan sepenuh hati. Saya akan memberinya apa sahaja dikehendakinya,seperti makan-makanan yang sesuai,menjaga kebersihannya,menjaga masa untuk ubatnya dan saya tidak akan mengabaikannya kerana telah banyak mereka telah lakukan untuk saya daripada kecil hingga besar.

Anonymous said...

1)kesilapan yang mereka telah buat adalah mereka tidak mempedulikan tentang bapanya yang telah mendorongnya sejak kecil lagi dan mereka telah meletak bapanya di tempat yang berasingan apabila hendak bermakan malam.saya rasa perbuatan itu salah kerana apabila kita dalam satu keluarga, kita harus bermakan malam sekeluarga juga.

2)saya akan mendorongnya dengan sepenuh hati kerana dia sudah menjaga saya sejak kecil lagi.saya harus membalas kasih sayangnya kepada saya.saya tidak harus berbiadab kapadanya kerana dia ada pangkat yang tinggi daripada saya dan dia adalah bapa saya.

Anonymous said...

1) Kesilapan mereka adalah mereka tidak begitu menghiraukan bapanya yang sudah tua dan uzur . Mereka tidak sepatutnya membiarkan bapanya makan secara asingan kerana keluarga seharusnya menjamu selera bersama-sama . Walaupun bapanya sering memecahkan cawan dan pinggan , mereka tidak boleh memarahinya kerana bapanya memang sudah uzur dan memerlukan bantuan . Jika bukan anaknya yang membantu , siapa yang hendak membantu ? Perbuatan mereka meyakitkan hati bapanya dan sungguh sedih .

2)Jikalau saya anak kepada orang tua itu , saya akan menjaganya dengan penuh kasih sayang dan tidak akan membiarkannya makan bersendirian . Saya tidak akan menyakitkan hatinya dan sentiasa membuatnya berasa gembira dan bersyukur .
Memang tanggungjawab seorang anak untuk menjaga orang tuanya kerana mereka yang membesarkan kami . Jika kami sudah tua , anak kami juga akan membalas dengan cara bagaimana kita menjagahi orang tua kami .

Anonymous said...

1)Kesilapan mereka ialah....
1a)Mereka menggangap orang itu sebagai satu beban.Mereka hendak membiarkannya di hospital,tidak mahu membawanya pulang,sekurang-kurangnya sehingga selepas Hari Raya.Ini menunjukkan mereka adalah anak yang mengenang budi orang tua,tidak salih.
1b)Orang tua itu sakit, tangannya tidak kuat lagi.Sepatutnya disuap makan,tetapi anak dan menantunya tidak mengendahkannya.Bila cawan kopi jatuh pecah,bukan belas kasihan yang diberi,sebaliknya sindirian dan kebosanan.

2)Menjaga orang tua yang sakit bukannya senang.Kita perlu banyak bersabar.Tetapi ini adalah tanggungjawab seorang anak.Dengan tangan dan hati terbuka akan saya terima tugas ini.Saya akan menenteramkan hati orang tua saya supaya dia akan merasa senang dan lega,tidak berfikir dia akan membebankan saya.Akan saya jaga dengan baik keperluan sehariannya terutama sekali makan minumnya.Saya akan menyuapnya dengan hormat.Saya akan selalu berbual-bual dengannya ,jangan sekali-kali mengetepikannya.

HaNna ChIn...1e2

Anonymous said...

1)Kesilapan mereka ialah memberinya ruang makan,pinggan makan dan cawan yang berlainan.Pada mereka,menjaga orang tua ini adalah sesuatu yang payah dan jika berpeluang,mereka hendak meninggalkan orang tua itu di hospital sahaja.Mereka seperti memandang rendah terhadap orang tua yang tidak bermaya itu.Seharusnya,mereka perlu memberi banyak tumpuan terhadap orang tua itu.

2)Jika saya adalah anak kepada orang tua itu,saya akan menjaganya dengan sepenuh hati dan mestilah dengan ikhlas.Memberinya tempat yang selesa untuk berehat dan membawanya makan bersama-sama supaya dia masih dapat merasakan bahawa dia masih mendapat kasih sayang daripada keluarga yang sentisa memberi perhatian terhadapnya.

Anonymous said...

1.Kesilapan mereka ialah mereka anggap bapanya sebagai sesuatu beban.Mereka hendak membiarkannya di hospital,memberi ruang makan yang berasiangan dan juga tidak membantunya makan.Bapanya sudah tua dan juga uzur harus dibantu dan bukan dibiarkan begitu.Perbuatan mereka telah menunjukkan bahawa mereka tidak mempedulikannya lagi.Perbuatan mereka itu sungguh menyedihkan.

2.Jika saya seorang anak orang tua itu,saya akan menjaganya baik dan juga penuh dengan kasih sayang.Saya tidak akan membiarkannya keseorangan.Saya akan memberikannya apa sahaja yang dia perlukan.
-eLeNa-1e2

nasha said...

1.)Kesilapan mereka ialah bahawa mereka tidak menjaga orang tuanya dengan ikhlas. Ayahnya sedang sakit tetapi mereka tidak menjaga mereka dengan baik. Biasanya orang tua yang sudah uzur selalu cuai, tetapi mereka tidak memahami ayahnya sebaliknya mereka mengenepikan ayahnya. Sudah tentu ayahnya tersinggung dengan kelakuannya. Mereka tidak sepatutnya berkelakuan begitu selainnya mereka harus menjaga ayah mereka dengan baik.
2.)Jika saya adalah anak kepada orang tua itu, saya akan menjaganya dengan baik. Saya akan menyuruh sesiapa untuk mengajar saya bagaimana saya boleh menjaga orang tua yang sedang uzur itu. Kalau saya sudah tahu bagaimana hendak menjaganya dengan baik, sudah tentu saya akan berasa tenang dan ia akan memudahkan saya. Orang tua itu tentu akan berasa senang dan gembira mendapat anak sebegitu yand dapat menjaganya dengan baik.

tintinspartan said...

Hi, Afiq Kelas 2E1 disini. Saya akan menjawab soalan Cikgu Sunita beri tentang video itu.
1. Anaknya membuat kesilapan memisahkan daripada bapanya sedang waktu makan.

2. Saya akan menjaga orang tua itu dengan baik walaupun beliau sedang sakit dan tidak makan dengan betul-betulnya. Saya akan memarahi anak saya apabila beliau mengatakan beliau berbau busuk.

Anonymous said...

1)Kesilapan yang telah anaknya buat adalah dia telah duduk berlainan dengan ayahnya dan tidak mempedulikannya.

2)Saya akan menolongnya sampai mana say boleh dan membenarnya untuk duduk di rumah saya.

Haikal 2e1

തനുഷ said...

1)Kesilapan mereka adalah mereka telah janji orang tua mereka yang mereka akan menjaganya tetapi tidak. Mereka tidak faham perasaan orang tua mereka apabila mereka menyuruhnya untuk duduk di luar rumah.

2)Jika saya adalah anak kepada orang tua itu,saya akan menjaga orang tua saya dengan baik dan saya tidak akan menghiraukannya atau tidak menyakitkan hatinya. Ia kerana semasa kecil ibubapa menjaga saya dengan baik dan apabila dewasa, saya akan membalas mereka dengan menjaga mereka dengan baik...

ditulis oleh -> Thanusha, 1e2[06],2e1[07]