Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, February 17, 2007

Hari Pertahanan Mutlak

Kamu baru sahaja menyambut Hari Pertahanan Mutlak di sekolah kamu.
Pada pandangan kamu, adakah menyambut hari tersebut membuang masa? Mengapa?
Sila beri pandangan kamu tidak kurang daripada 50 patah perkataan.

9 comments:

Anonymous said...

Pada pandangan saya,menyambut Hari Pertahanan Mutlak tidak membuang masa kerana jikalau kita dalam peperangan,kita tidak akan cemas sebab sudah mempelajari apa yang hendak dilakukan. Pada Hari tersebut, kita tidak akan menggunakan elektrik selama satu jam dan apabila waktu rehat,kita akan makan makanan yang dimakan oleh orang didalam peperangan. Makanan yang dimakan ialah kelidik dan juga ubi.

-eLeNa-2e1

Anonymous said...

Menyambut Hari Mutlak tidak membuang masa.Ia dapat mengajar pelajar-pelajar apa yang harus dilakukan semasa kecemasan supaya mereka tdak akan panik jika ia berlaku.Ia juga dapat menceritakan apa orang makan dan lakukan semasa tentera Jepun datang ke Singapura.Saya rasa menyambut hari itu tidak membuang masa tetapi ada faedah sebaliknya.

Yusoff 2E1

Anonymous said...

Menyambut Hari Mutlak bukan sesuatu yang membuang masa, malahan ia menyediakan kami menentang sebagai cabaran atau serangan. Ia mengajar kami tingkah-langkah yang patut kami lakukan apabila dalam kecemasan.
Pada hari tersebut, kami melakukan latihan ipp dalam keadaan tanpa bekalan elektrik dan memakan makanan seperti ubi, bubur dan lain-lain lagi.
Md.Yunos
2e1

Anonymous said...

Pada pendapat saya,menyambut Hari Pertahanan Mutlak bukan sesuatu yang membuang ataupun merugikan masa.Saya berpendapat sedemikian kerana sebagai warga Singapura,ia sudah menjadi satu kemestian bagi kita untuk mengetahui apa yang harus kita lakukan jika berada dalam sesuatu kecemasan supaya kita tidak harus berasa cemas ketika kecemasan itu terjadi.Pada hari tersebut,sekolah kami telah memutuskan agar elektrik di dalam setiap kelas tidak digunakan selama satu jam.Dalam masa tersebut juga,kami telah melatih diri kami untuk membuat latihan IPP (In-Place Protection).Pada waktu rehat pula ,kami hanya memakan makanan seperti ubi,keledek,bubur dan sebagainya.Sebagai warga Singapura,saya amat berbangga latihan sebegini diadakan kerana objektifnya ialah untuk melatih kita apa yang seharusnya kita lakukan semasa berhadapan dengan sebarang kejadian

Farhanah,
2e1

Anonymous said...

Pada pendapat saya menyambut Hari Pertahanan Mutlak amat penting kerana ia akan membuat kita bersiap sedia jika akan terjadinya kecemasan. Kita sebagai warga Singapura harus tahu bagaimana seksanya dan pentingnya untuk kita berkerjasama. Pada hari tersebut, sekolah kami telah memutuskan elektrik untuk beberapa jam supaya kami dapat tahu bagaimana rasanya untuk berada dalam kegelapan dan kepanasan. Pada hari itu juga kami terpaksa memakan keledek, bubur dan juga ubi.




Natazsha 2e2

Anonymous said...

pada pendapat saya, ia tidak membuangkan masa setiap pelajar di sekolah masing-masing kerana mereka dapat mempelajari lebih banyak di dalam subjek sejarah.kita juga dapat merasai bagaimana orang-orang di zaman sebelum kita hidup dengan keadaan sebegitu.ia juga mengajar kita supaya harus bersedia sebelum apa-apa terjadi di negeri kita.

Anonymous said...

Pada pendapat saya,menyambut hari pertahanan mutlak tidak membuangkan masa kerana ia dapat menyediakan kami pada masa yang akan datang.Ia juga memberi kami pengalaman bagaimana hidup di Singapura pada masa kesusahan.
::dina::2e1

Anonymous said...

Pada pendapat saya,menyambut Hari Pertahanan Mutlak tidak membuang masa. Ia kerana ia memberi kami kesedaran bahawa kami mesti mengambil tahu mengenai kesekitaran dan walaupun negara kami aman,kita patut menyediakan diri masing-masing supaya apabila sesuatu peperangan atau apa-apa berlaku,kami boleh mengambil tindakan untuk mengelak situasi bergitu.
*Radhiyah 2e1*

Anonymous said...

Menyambut Hari Pertahanan Mutlak tidak membuang masa kerana ia mendapat menyediakan kita dalam apa-apa kecemasan atau peperangan.Kita harus tahu apa cara-cara yang patut dilakukan dalam kecemasan. Kita tidak patut mengambil perkara ini sebagai perkara kecil.

Haikal
2e1