Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, May 11, 2007

Tahap disiplin sekolah


Terangkan bagaimana kamu boleh memainkan peranan menyelesaikan masalah disiplin di sekolah kamu. Kamu boleh mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini.

10 comments:

Anonymous said...

kita boleh menyelesaikan masalah disiplin di sekolah kita dengan mengadakan kempen disiplin ataupun kem. dengan mengadakan activiti sebegini, pelajar akan mendapat tahu akan akibatnya jika kita berkeras dengan seseorang.
sekolah juga boleh membuat undang-undang yang akan membuat pelajar-pelajar di sekolah itu untuk bersopan-santun kepada orang sekelilingnya dengan megatakan bahawa sesiapa yang kurang berdisiplin, mereka harus berjumpa dengan pengetua sekolah. mereka juga harus menghadiri kelas denda selepas sekolah.

Anonymous said...

Saya rasa kita boleh membantu meyelesaikan masalah disiplin di sekolah dengan cuba merapatkan diri kita dengan mereka yang mempunyai masalah disiplin. Dengan itu, kita sebagai kawannya boleh menasihati dia supaya berubah sedikit segi perangai atau cuba menggalakkan dia untuk memperbaiki dirinya. Sekolah pula boleh mengadakan perkhemahan atau kempen untuk membantu orang seperti mereka. Ini boleh menukarkan fikiran mereka untuk menjadi seorang yang lebih baik. Sekolah harus mengadakan denda untuk pelajar yang susah dikawal selepas sekolah.

Anonymous said...

Saya rasa sekolah boleh mengadakan bengkel disiplin disekolah.Dengan berbuat begitu,pelajar-pelajar akan tahu mengapa mereka harus bersikap disiplin.Guru-guru sekolah juga boleh berbincang bersama mereka jikalau mereka ada masalah di rumah.Bagi orang yang degil,sekolah boleh menghukum mereka.Dengan hukuman ,mereka yang degil akan cuba menukar sikap mereka yang tidak baik itu.Jikalau murid yang masih tidak mematuhi peraturan sekolah dan masih degil lagi,guru-guru patut menelefon ibubapa murid itu.Saya rasa dengan cara begini,murid-murid akan bersikap disiplin dan masalah disiplin disekolah akan diselesaikan.

Anonymous said...

Sebagai seorang pelajar saya rasa adalah tanggungjawab bagi kita untuk mengatasi tahap disiplin di sekolah.Bukan sahaja guru atau ketua sekolah yang harus memainkan peranan,malah kita juga harus membuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah sedemikian.Untuk menyelesaikan masalah sebegini,saya rasa jika kita tahu diantara sesiapa yang mempunyai masalah disiplin di sekolah kita harus memberitahu guru atau kaunsellor agar mereka dapat membimbing pelajar tersebut daripada terjerumus ke jalan yang lebih membahayakan diri sendiri.Bukan itu sahaja malah kita sebagai seorang rakan juga harus membantu pelajar sebegini dengan memberi dorongan dan perangsang bahawa mereka boleh merubah diri mereka.Selain itu,kita juga boleh mengadakan kem yang mampu menggalakkan mereka supaya merubah diri mereka dari segi disiplin.Kepada mereka yang sukar untuk dikawal,saya rasa mungkin tiada jalan lain selain mendenda mereka.

Anonymous said...

Kami boleh menyelesaikan masalah disiplin di sekolah dengan memberitahu akan kepentingan disiplin dalam diri seseorang. Jika murid-murid tahu akan kepentingan disiplin, mereka akan cuba untuk berdisiplin. Di sekolah, guru-guru harus bersikap berdisiplin dan menunjukkan contoh yang baik bagi murid-murid. Dengan ini, mereka tahu akan kepentingan disiplin dan dapat meningkatkan rahap disiplin di sekolah.

Natazsha (2e2)

Anonymous said...

Kami boleh menyelesaikan masalah disiplin dengan mengadakan perkhemahan mengenai disiplin dan cara-cara untuk mengatasinya. Selain itu,kami pu boleh menolong satu sama lain dengan membetulkan perbuatan mereka yang salah itu dengan memberi nasihat.Dengan mengikut perkara-perkara ini,kami semua boleh menghindari diri daripada mempunyai masalah disiplin di sekolah.
*Radhiyah* 2e1

Anonymous said...

Kita boleh menyelesaikan masalah disiplin di sekolah dengan mengadakan kelas tambahan yang membicarakan mengenai disiplin. Dengan ini,murid-murid dapat mempelajari cara-cara untuk menjadi seseorang yang lebih disiplin. Kami juga boleh menasihati dan membantu kawan-kawan yang mempunyai masalah disiplin dengan menunjukkan cara-cara yang betul.
*Dina* 2e1

Anonymous said...

saya rasa kita boleh menyelesaikan masalah disiplin di sekolah dengan mengadakan sebuah bengkel disiplin untuk membuat semua pelajar-pelajar di sekolah lebih memahami mengapa disiplin itu sangat penting untuk hidup kita.sekolah juga boleh membuat undang-undang baru untuk memperbaiki murid-murid di sekolah.dengan membuat undang-undang berikut,ia akan memastikan murid-murid agar mengikut peratuan supaya tidak didenda oleh pihak sekolah.bukan sahaja pihak sekolah yang harus memain peranan dalam tahap disiplin sekolah,tetapi kami sebagai murid-murid di sekolah harus membantu satu sama lain.saya merasa peribahasa ini amat berguna,iaitu,bersatu teguh bercerai roboh.
:)-eLeNa-2e1

Anonymous said...

saya boleh memainkan peranan menyelesaikan masalah disiplin di sekolah saya dengan mangadakan bengkel tentang cara menangani masalah disiplin di sekolah dengan disertai pelajar-pelajar yang bermasalah terutama sekali dalam masalah disiplin. Dengan mengadakan bengkel ini, saya rasa kita dapat menyelesaikan masalah disiplin mereka sedikit demi sedikt secara bertahap-tahap. Jika saya mempunyai rakan yang mempunyai masalah sebegini, saya tidak teragak-agak untuk memujuknya menyertai bengkel tersebut. :) sekian terima kasih.. karangan pendek ini dicompose oleh farhanah.. :)shahirah tolong sikit2

Anonymous said...

maaf salah type.. :) karangan tadi saya,shahirah yang reka...